Elysyle Siries

Penjagaan Badan





Penjagaan Asas untuk Seisi Keluarga
Adakah bilik mandi anda dipenuhi pelbagai jenis produk untuk setiap ahli keluarga? Kebersihan peribadi tidak semestinya rumit. Kini dengan 3 langkah mudah Menyental, Membersih dan Melembap, anda dan keluarga anda dapat menikmati kulit yang licin juga.
Elysyle Body Basics ialah penyelesaian sempurna untuk mereka yang sentiasa mengejar masa yang ingin memanjakan kulit mereka. Diperkaya dengan Air Glasier Swiss Tulen yang diketahui umum sebagai salah satu sumber mineral semula jadi paling tulen, siri ini menggunakan teknologi enkapsulasi liposom untuk membolehkan mineral menembus ke dalam kulit dan melembap dengan penghidratan 24 jam.
Tambahan, siri ini mengandungi bahan aktif organik seperti Alga Mikro Merah Marin dan Ekstrak Biji Pam yang kaya dengan mineral untuk mengaktifkan enzim kulit di samping melindungi dan menjadikan kulit lebih lembut. Kini, anda juga boleh menikmati spa peribadi setiap hari di samping berkongsi kebaikan ini dengan seisi keluarga!
Rangkaian Elysyle Body Basics tidak mengandungi SLS/SLES, pewarna tiruan, ekstrak haiwan, minyak mineral atau paraben dan tidak akan merengsakan kulit.





Penjagaan Rambut




Rangkaian Penjagaan Rambut Elysyle diformulasikan dan dibangunkan berdasarkan terapi Trikologi UK dan mengandungi adunan Vegetal Botania Complex (VBC) yang menawarkan rambut anda kebaikan sinergistik. Adunan lengkap 7 ekstrak tumbuhan membolehkan anda mempunyai rambut kurang kusutan, lebih bersinar, lebih kuat dan lebih padat.




Syampu Rambut Normal ke Berminyak

Syampu ini mengandungi L-Arginina dan Pantenol (Pro-Vitamin B5). Ia dapat menambah lembapan, mengekalkan keadaan rambut dan kulit kepala serta menguatkan rambut dengan mengkhasiatkan akar rambut.

Syampu Rambut Halus & Rambut Gugur

Syampu ini mengandungi Ekstrak Ginseng Panax, Agen Pengawalan Minyak dan Ekstrak Tilia Tomentosa Bud. Fungsinya termasuk:
•    menguatkan akar rambut, meminimumkan rambut patah dan mencegah rambut gugur
•    mengawal rembesan sebum dan menggalakkan pertumbuhan rambut
•    melembap secara mendalam dan menambah kepadatan rambut


Syampu Pembaikan Kulit Kepala


Syampu ini mengandungi kombinasi Piroctone Olamine dan Climbazole, yang merupakan agen pengawal kelemumur. Ia dibuktikan secara klinikal untuk melindungi kulit kepala dan mencegah kelemumur berlebihan. Syampu ini juga mengandungi Willow Bark yang menghapuskan kegatalan dan Rosemary yang merupakan agen anti-gatal dan pengawal kelemumur.

Perapi Kerap untuk Semua Jenis Rambut

Perapi ringan dan bebas minyak ini mengandungi Gel Aloe Barda dan Pantenol (Pro-Vitamin B5). Ia dapat:

•    Menguatkan, merapi dan memperbaiki kilauan rambut
•    Memastikan tiada kekusutan dan mengurangkan keguguran rambut
•    Melembutkan semula rambut normal dan berminyak
•    Melembut dan melegakan kulit kepala

Perapi Krim untuk Rambut Kering, Berwarna & Dirawat

Perapi krim ini mengandungi ramuan berpaten seperti Fosfat Oleth-5 dan Minyak Biji Meadowfoam. Ia mengunci warna rambut, melindunginya daripada kerosakan sinar UV. Tambahan, ia juga mengekalkan lembapan rambut dan meningkatkan keanjalan rambut.











ELYSYLE Intimate Hygiene Wash


5-DALAM-1 PENJAGAAN INTIM
Ia bukan lagi suatu rahsia – setiap wanita mempunyai keperluan kebersihan khas disebabkan sistem penghasilan wanita. Pengurusan tetap kebersihan kawasan intim ialah kepentingan utama demi mencegah bau, ruam, kerengsaan, jangkitan dan sebagainya.
Elysyle Pembersih Kebersihan Intim ialah produk penjagaan intim 5-dalam-1 yang dirumus khas untuk wanita untuk membersih, melega, merapi, melembap dan membantu mencerahkan kawasan intim. Dengan ramuan seperti Ekstrak Lady’s Mantle, Ekstrak Oak Gall, Minyak Ylang-Ylang, Vitamin E dan minyak Eucalyptus, ia dapat:
  • menghapuskan jangkitan bakteria, kulat dan yis secara berkesan untuk mengurangkan kegatalan dan bau kurang menyenangkan
  • membantu mengurangkan inflamasi
  • membantu mengawal bau atau discaj vaginal berlebihan
  • melegakan membran mukus pada kawasan intim
  • mengekalkan keseimbangan pH bersifat asid untuk menahan kerengsaan, kegatalan, kesakitan dan jangkitan

200ml


Amour Men Eau de Toilette


Elysyle Amour – Capture Moments of Eternal Love 
Amour Men Eau De Toilette memberikan wangian kelelakian yang kuat dan mencergaskankan, dengan haruman buah limau yang menyegarkan, untuk jejaka yang berkeyakinan dan memukau hati.
50ml

Amour Women Eau de Parfum



Elysyle Amour – Capture Moments of Eternal Love
Minyak wangi feminin dengan haruman flora dan kesturi unik yang diadun secara sempurna untuk menonjolkan individualiti dan keromantikan anda. Memukau dan menawan, Amour Women Eau De Parfum mencerminkan kemurnian kasih dan sayang anda.
50ml


Luxe Men Eau de Toilette



Elysyle Luxe – The Scent of Success
Luxe Men Eau De Toilette dirumus khas untuk kaum Adam yang berkarisma dan berjaya: seorang lelaki yang bijak dan sensitif, dengan personaliti yang menawan hati. Wangian yang segar dan berempah ini menginspirasikan deria di samping meningkatkan keyakinan diri anda.
50ml

Luxe Women Eau de Parfum



Elysyle Luxe – The Scent of Success
Luxe Women EDP lebih daripada sejenis wangian – ia memberikan perasaan dinamik yang menyegarkan dan mencergaskan. Wangian bunga dan buah yang menggirangkan ini ditambah dengan haruman buah limau memukau deria anda dengan serta-merta – ideal untuk kaum Hawa yang elegan dan berkeyakinan.
50ml