TERAPI PEMBAHARUAN MOLEKUL ELKEN
Abad ke 21 merupakan era perkembangan teknologi, namun demikian seiringan dengan itu juga meningkatnya penyakit-penyakit moden, virus dan ianya menjadi suatu gelombang yang besar kepada masalah global.
Tambahan dengan itu juga, terdapat 6 masalah utama dalam era moden ini :-
a) pencemaran udara
b) kurang bersenam
c) pencemaran air
d) tekanan perasaan
e) gaya hidup yang tak teratur
f) pengambilan makanan yang tak seimbang
Semua yang di atas telah melemahkan tahap kesihatan kita.
Dengan memahami keperluan gaya hidup masakini, maka Elken telah mengetengahkan 4 langkah utama yang menjadi asas kepada konsep Terapi Pembaharuan Molekul Elken, yang mana ianya merupakan satu konsep yang sering digunakan oleh kehidupan moden.
Konsep ini telah dicetuskan apabila Jawatankuasa Khas Penyiasatan Nutrien [Special Committee of Nutrient Investigation (SCNI)] telah ditubuhkan oleh kongress Amerika Syarikat pada tahun 1973. Jawatankuasa ini bertujuan menyiasat keperluan nutrien kepada manusia, dan akhirnya mengeluarkan laporan setebal 5,000 muka surat bertajuk Elemen dan Nutrien yang diperlukan oleh manusia (Elements Required by Human and Nutrients). Konsep ini telah dikaji secara mendalam dan diketuai oleh Dr. Linus Pauling yang merupakan pemenang hadiah nobel sebanyak 2 kali.
Konsep ini juga dikenali sebagai Terapi Pembaharuan Sel (Cell Reform Therapy), dimana ianya memberikan kesimpulan bahawa badan manusia akan sihat selagi mana ia menerima nutrien yang seimbang secara kebiasaannya. Elken juga telah melengkapkan keperluan menjadi 4 elemen kehidupan yang menyokong kesihatan ke tahap yang lebih optima.
Ulasan oleh pakar-pakar
"Tubuh kita terdiri daripada 60 trilion sel yang membentuk asas kehidupan. Setiap bahagian tubuh perlulah benar-benar sihat supaya tubuh boleh berfungsi pada tahap yang optimum"
Prof Keiun Kodo
Phd dalam Sains farmaseutik
"Kenal pasti mekanisme selular & molekul yang mendasari penyakit manusia dan gunakan ilmu yang baru diperoleh ini sebagai rawatan"
Dr Ferid Murad
(Penerima Hadiah Nobel dalam bidang perubatan bagi tahun 1998)
Pengarah Institute of Molecular Medicine for the Prevention of Human Diseases di Houston, Texas
"Program MRT Elken ialah satu program penjagaan kesihatan yang kuat, natural dan komprehensif. Program ini telah terbukti Berjaya melebih 10 tahun. Saya menyokong penuh visi baru Elken untuk mempromosikan program MRT yang 'dipertingkatkan'"
Dr Yasumasa Kudo
PhD dalam Kimia Bio-Organik, Oxford University, UK